50
Bahasa Melayu
Jaminan dan sokongan
Pengenalan
Perihalan umum
Versuni menawarkan waranti dua tahun selepas pembelian pada produk ini.
Waranti ini tidak sah jika kecacatan adalah disebabkan oleh penggunaan yang
tidak betul atau penyelenggaraan yang kurang baik. Waranti kami tidak
menjejaskan hak anda di bawah undang-undang sebagai pengguna. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut atau untuk menggunakan waranti, sila lawati
laman web kami www.philips.com/support.
Tahniah dan selamat datang ke Keluarga Philips!
Airfryer dwibakul membolehkan anda menyediakan dua ramuan makanan anda
secara sekali gus. Anda boleh menyegerakkan masa memasak ramuan,
bermakna jika dua ramuan yang berbeza memerlukan dua masa memasak yang
berbeza, anda boleh menyelesaikan proses memasak pada masa yang sama.
Bakul asimetri membolehkan anda menyesuaikan kadar ramuan yang
dimasukkan ke dalam makanan anda dengan lebih baik. Bakul besar ini sesuai
untuk hidangan utama, kentang jejari dan apa-apa makanan kegemaran anda.
Gunakan bakul yang lebih kecil untuk hidangan sampingan, sayur-sayuran dan
snek.
Perkakas ini disertakan dengan aplikasi NutriU yang memberi anda panduan
langkah demi langkah dan ratusan hidangan yang menyelerakan dengan
tetapan tertentu untuk Airfryer Dwibakul anda. Muat turun aplikasi
menggunakan kod QR pada bungkusan.
1 Panel kawalan
a Suhu Naik
b Suhu Turun
c Butang Hidup/Mati
d Penanda Peringatan Goncang untuk kuali kecil
e Butang kuali kecil
f
Butang kembali
g Butang fungsi masa
h Butang fungsi salin
i
Butang peringatan goncang
j
Butang kuali besar
k Penanda peringatan goncang untuk kuali besar
l
Butang Henti/Mula
m Butang masa turun
n Butang masa naik
o Butang praset
2 Plat bawah untuk kuali kecil