Kandungan
Penting ___________________________________________________________________________________
Mengitar semula ___________________________________________________________________________
Pengenalan _______________________________________________________________________________
Perihalan umum ___________________________________________________________________________
Perihalan fungsi____________________________________________________________________________
Pembersihan ______________________________________________________________________________
Penyimpanan ______________________________________________________________________________
Penting
Bahaya
Amaran
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas
dan simpan untuk rujukan masa hadapan.
-
Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan dapur gas panas
atau semua jenis dapur elektrik dan plat masak elektrik atau ketuhar yang
panas.
-
Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya di
bawah air paip.
-
Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk ke dalam perkakas untuk
mengelakkan berlakunya kejutan elektrik.
-
Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul untuk
mengelakkannya daripada tersentuh dengan elemen pemanasan.
-
Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar udara semasa
perkakas beroperasi.
-
Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan bahaya
kebakaran.
-
Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau perkakas rosak.
-
Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa operasi.
-
Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan yang melebihi paras
maksimum yang dinyatakan dalam bakul.
-
Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan tiada makanan yang tersekat di
dalam pemanas.
-
Sebelum penggunaan kali pertama, penyimpanan kord mestilah
dipasangkan pada peranti.
-
Jika kord sesalur rosak, kord mestilah digantikan oleh Philips, ejen servis atau
pihak yang berkelayakan yang serupa untuk mengelakkan bahaya.
-
Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang dibumikan,
dilindungi oleh pemutus litar kebocoran bumi.
47
47
49
50
50
50
51
51
52
52
63
65
66