Download Print this page

Philips InfraCare HP3631 Manual page 19

300 watt
Hide thumbs Also See for InfraCare HP3631:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Sentiasa cabutkan plag sesalur setelah digunakan dan sekiranya terdapat gangguan bekalan kuasa.
-
Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya
25 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.
-
Jangan gunakan perkakas ini di suhu bilik kurang daripada 10°C atau lebih tinggi daripada 35°C.
-
Sila pastikan lohong di bahagian belakang perkakas sentiasa terbuka semasa penggunaan.
-
Perkakas dilengkapi perlindungan automatik terhadap pemanasan melampau. Jika perkakas tidak
disejukkan secukupnya (contohnya kerana lohong pendinginan bertutup), perkakas akan mati
secara automatik. Cabut plag perkakas dan alihkan punca pemanasan melampau. Sebaik sahaja
perkakas telah menyejuk, ia boleh dihidupkan semula. Untuk berbuat demikian, masukkan plag
perkakas sekali lagi dan tekan suis hidup/mati.
-
Sejukkan perkakas selama lebih kurang 15 minit sebelum mencuci atau menyimpannya.
-
Sekiranya anda baru saja selesai berenang atau mandi, pastikan anda mengeringkan kulit anda
dengan sempurna sebelum anda menggunakan perkakas ini.
-
Untuk mengelak daripada kerosakan mata, jangan pandang langsung pada cahaya lampu apabila
ia dipasang. Pejamkan mata anda.
-
Penuras dan bahagian di sekelilingnya menjadi sangat panas apabila perkakas dihidupkan. Jangan
sentuh bahagian-bahagian ini.
-
Jangan guna perkakas ini apabila penurasnya rosak, pecah atau hilang.
-
Elakkan penyejukan melampau pada bahagian badannya secara mendadak selepas rawatan.
-
Jangan tidur semasa rawatan.
-
Ubat penghilang kesakitan mengurangkan kesensitifan terhadap haba. Jangan guna perkakas ini
sekiranya anda sedang mengambil ubat penghilang kesakitan tanpa merujuk doktor anda terlebih
dahulu.
-
Jika anda menghidap penyakit yang teruk (contohnya kencing manis yang serius, penyakit jantung
tertentu, penyakit keradangan akut, sklerosis berbilang, trombosis, gangguan koagulasi darah)
rujuk doktor anda sebelum menggunakannya.
-
Sebagai peraturan am, jika anda tidak boleh tahan mandian panas, jangan guna perkakas ini. Jika
dalam keraguan, rujuk kepada doktor anda.
-
Sekiranya anda terlebih sensitif atau tidak sensitif terhadap cahaya inframerah, anda harus lebih
berhati-hati semasa menggunakan perkakas ini. Jika dalam keraguan, rujuk kepada doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas ini sekiranya anda mengalami bengkak atau keradangan, kerana haba
boleh memburukkan keadaan. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Sekiranya kesihatan tidak bertambah baik selepas 6 - 8 kali rawatan, hentikan penggunaan
perkakas ini dan rujuklah doktor anda.
-
Untuk mengelak pemanasan melampau pada kulit, elakkan jarak rawatan yang terlalu dekat.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Menggunakan perkakas
Kesan infraCare
InfraCare mengeluarkan lampu inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan memanaskan
tisu.
Kehangatan memoduletkan isyarat neuron ke otak dan dengan cara ini mengurangkan kesakitan.
Pemanasan merangsang peredaran darah dan mengembangkan saluran darah, dengan itu
mempercepatkan pengangkutan bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu -
tisu badan. Cahaya inframerah juga mempercepatkan proses metabolik serta penyingkiran bahan
buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu lebih mudah dilentur, kepanasan juga
mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih fleksibel.
BaHasa MElayu
19

Hide quick links:

Advertisement

loading