2
Pasang tukup pelindung pada alat tambahan berus
pembersih untuk melindunginya dari mengumpul
kotoran.
Penggantian
Menggantikan kepala pencukur
Untuk prestasi pencukuran yang maksimum, kami
menasihatkan agar anda menggantikan kepala pencukur
setiap dua tahun.
Peringatan penggantian
Simbol unit pencukur akan menyala untuk menandakan
yang kepala pencukur perlu digantikan. Gantikan kepala
pencukur yang rosak dengan segera.
Gantikan kepala pencukur dengan kepala pencukur SH90
Philips yang tulen sahaja.
1
Simbol unit pencukur akan menyala secara
berterusan, anak panah akan berkelip putih dan anda
akan mendengar bunyi bip apabila anda mematikan
pencukur.
2
Tarik pemegang kepala pencukur keluar daripada
bahagian bawah unit pencukur.
3
Letakkan pemegang gelung penahan pada gelung
penahan (1), pusingkannya melawan arah jam (2) dan
angkatnya keluar dari kepala pencukur (3).
Keluarkan gelung penahan dari pemegang gelung penahan
dan ulangi proses ini untuk gelung penahan yang lain.
BAHASA MELAYU
85