Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips GC2652 Manual

Hide thumbs Also See for GC2652:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

BAHASA MELAYU

Perihalan umum (Gamb. 1)
A Muncung sembur
B Tukup bukaan isian
C Kawalan stim
-
O = tiada stim
-
l = stim minimum
-
; = stim maksimum
-
1 = fungsi Pembersihan Kerak
D Butang pancutan stim 9
E Butang sembur T
F Lampu pematian automatik (GC2560 sahaja)
G Kord sesalur kuasa
H Tablet Antikerak (semua jenis kecuali GC2510)
I Lampu suhu
J Plat jenis
K Tangki air
L Tombol suhu
Penting
Baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas dan simpan arahan ini untuk rujukan pada masa
depan.
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada plat
,
jenis sepadan dengan voltan sesalur kuasa tempatan
sebelum anda menyambungkan perkakas.
Jika perkakas disediakan dengan plag yang
,
dibumikan, ia mesti dipasangkan ke dalam soket
dinding yang dibumikan.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord atau
,
perkakasnya sendiri menunjukkan kerosakan yang
nyata, atau jika perkakas telah terjatuh atau bocor.
Periksa kord dengan kerap untuk mencari apa-apa
,
kerosakan.
Jika sesalur kuasa rosak, ia mesti digantikan
,
oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips atau pihak-pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
Jangan sekali-kali biarkan seterika tanpa diawasi
,
pada bila-bila masa ia tersambung dengan punca
kuasa.
Jangan sekali-kali menenggelamkan seterika dan
,
diriannya, di dalam air.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
,
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
,
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat
,
panas dan mungkin menyebabkan kelecuran jika
tersentuh.
Jangan biarkan kord tersentuh plat tapak semasa
,
seterika masih panas.
Apabila anda selesai menyeterika, apabila anda
,
membersihkan perkakas, apabila anda mengisi
atau mengosongkan tangki air dan juga apabila
anda meninggalkan seterika tanpa dijaga biarpun
sebentar: tetapkan kawalan stim pada kedudukan
O, berdirikan seterika pada tumitnya dan cabutkan
palam sesalur dari soket dinding.
Sentiasa tempatkan dan gunakan seterika dan
,
tempat letaknya, jika disediakan, pada permukaan
yang stabil, rata dan mendatar.
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di
,
rumah sahaja.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual arahan ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Mengisi tangki air.
1
Tanggalkan palam utama dari soket dinding.
2
Tetapkan kawalan stim pada kedudukan O (=tanpa
stim) (Gamb. 2).
3
Bukakan tukup bukaan isian.
4
Condongkan seterika dan isikan tangki air sehingga
paras maksimum (Gamb. 3).
423900061493
Jika air paip di kawasan anda sangat liat, kami nasihatkan
supaya anda menggunakan air suling. Jangan gunakan
cuka, kanji atau air yang dinyahkerak secara kimia.
Jangan isikan tangki air melepasi tanda MAKSIMUM.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau bahan
kimia lain ke dalam tangki air.
5
Tutup tukup bukaan isian ('klik').
Menetapkan suhu
Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa
,
anda menggunakannya pada kali pertama. Ini akan
berhenti selepas beberapa ketika.
1
Berdirikan seterika pada tumitnya dan tetapkan
tombol suhu pada suhu penyeterikaan yang
dikehendaki dengan memutarkannya ke kedudukan
yang betul (Gamb. 4).
-
Periksa label penjagaan kain untuk mengetahui suhu
seterika yang sesuai:
-
1 Fabrik sintetik (contohnya akrilik, viskos, poliamida,
poliester).
-
1 Sutera
-
2 Benang bulu
-
3 Kain kapas, linen
-
Jika anda tidak tahu jenis fabrik sesuatu pakaian,
tentukan suhu penyeterikaan yang betul dengan
menyeterika bahagian pakaian yang tidak kelihatan
apabila anda memakainya.
-
Kain sutera, bulu dan sintetik: seterikakan bahagian
dalam fabrik untuk mengelakkan tompok berkilau.
Elakkan penggunaan fungsi sembur untuk mencegah
tanda.
2
Memasang palam wayar di soket dinding yang
dibumikan.
3
Apabila lampu suhu padam, tunggu sebentar
sebelum anda mula menyeterika.
Nota: Lampu suhu akan menyala dari masa ke masa masa
menyeterika.
Menggunakan perkakas
Menyeterika dengan stim
Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
1
Tetapkan suhu dial ke kedudukan yang disyorkan
(lihat bahagian 'Mengeset suhu').
2
Tetapkan kawalan stim pada posisi stim yang
sesuai (Gamb. 2).
-
ç bagi stim minimum (seting suhu 2 dan 3).
-
é bagi stim maksimum (seting suhu 3 hingga
MAX).
Nota: Seterika akan mula membebaskan stim sebaik sahaja
suhu yang ditetapkan dicapai.
GC2640/GC2620/GC2530/GC2528/GC2522/
GC2520/GC2510 sahaja:
Air mungkin bocor dari plat tapak jika suhu yang
ditetapkan terlalu rendah (MIN hingga 2).
Menyeterika tanpa stim
1
Setkan pengawal stim pada kedudukan O (= tanpa
stim).
2
Tetapkan suhu dial ke kedudukan yang disyorkan
(lihat bahagian 'Mengeset suhu').
Ciri-ciri
Fungsi sembur
Anda boleh menggunakan fungsi sembur untuk melicinkan
kedut yang degil pada apa-apa suhu.
1
Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2
Tekan butang sembur beberapa kali untuk
melembapkan kain yang hendak digosok (Gamb. 5).
Pancutan stim
Pancutan stim yang kuat menolong melicinkan kedut yang
sangat degil.
Fungsi pancutan stim hanya berkesan pada seting suhu
antara 2 dengan MAX.
1
Tekan dan lepaskan butang pancutan stim (Gamb. 6).
Pancutan menegak stim (semua jenis kecuali
GC2510)
1
Fungsi pancutan stim boleh juga digunakan apabila
anda memegang seterika dalam kedudukan
menegak. Ini berguna untuk melicinkan kedut pada
pakaian yang tergantung, langsir, dsb (Gamb. 7).
Jangan sekali-kali halakan stim ke arah orang.
Penghenti titisan (GC2652/2650/GC2560
sahaja)
Seterika ini dilengkapi fungsi penghenti titisan: seterika
berhenti menghasilkan stim secara automatik apabila suhu
terlalu rendah supaya air tidak menitis keluar dari plat
tapak. Apabila ini berlaku, bunyi klik akan kedengaran.
Pematian automatik (jenis GC2560 sahaja)
Peranti keselamatan elektronik akan mematikan unsur
pemanas secara automatik jika seterika tidak digerakkan
untuk beberapa waktu.
Lampu pematian automatik mula berkelip untuk
,
menandakan bahawa unsur pemanasan telah
dimatikan. (Gamb. 8)
Untuk membiarkan seterika panas semula, angkat seterika
dan gerakkannya sedikit. Lampu pematian automatik akan
padam.
1
Jika lampu suhu menyala, tunggu sehingga ia padam
sebelum anda mula menyeterika.
2
Jika lampu suhu tidak menyala, seterika sedia untuk
digunakan.
Pembersihan dan penyenggaraan
Sistem Kerak Dwiaktif
Semua jenis kecuali GC2510: Tablet antikerak
,
mencegah kerak menyumbat liang stim. Tablet ini
sentiasa aktif dan tidak perlu digantikan (Gamb. 9).
Fungsi Pembersihan Kerak menanggalkan zarah
,
kerak.
Fungsi Pembersihan Kerak
Gunakan fungsi Pembersihan-Kerak sekali setiap dua
minggu. Jika air di kawasan anda sangat liat (contohnya
apabila emping keluar dari tapak seterika semasa
menyeterika), fungsi Pembersihan Kerak harus digunakan
dengan lebih kerap.
1
Setkan kawalan stim pada kedudukan O.
2
Isikan tangki air sampai paras maksimum.
Jangan tuangkan cuka atau agen penanggal kerak yang
lain ke dalam tangki air.
3
Tetapkan suhu tombol pada MAX (Gamb. 10).
4
Pasangkan plag di soket dinding.
5
Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
6
Pegang seterika di atas singki dan setkan kawalan
stim pada Pembersihan-Kerak ( 1). Kawalan stim
akan terkeluar sedikit.
7
Tarik kawalan stim ke atas dan
tanggalkannya (Gamb. 11).
8
Pegang seterika bertadahkan sink dan gerakkannya
secara berulang-alik (Gamb. 12).
Nota: Stim dan air yang mendidih akan keluar dari tapak
plat. Kekotoran dan kerak air (jika ada) akan mengalir
keluar.
9
Gunakan cuka untuk menanggalkan kerak, jika ada,
dari jarum kawalan stim (Gamb. 13).
Jangan bengkokkan atau rosakkan jarum kawalan stim.
10
Masukkan semula kawalan stim dengan menyisipkan
hujung jarum betul-betul di tengah-tengah lubang
dan memuatkan unjuran kecil di sisi jarum ke dalam
alur. Tekan kawalan stim ke bawah pada kedudukan
O (Gamb. 14).
11
Ulangi proses Pembersihan-Kerak jika seterika
masih mengandungi banyak kekotoran.
Selepas proses Pembersihan Kerak
1
Masukkan palam ke dalam soket dinding dan biarkan
seterika memanas supaya plat tapak menjadi kering.
2
Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
4/9

Advertisement

loading